Kata-kata adalah merupakan ucapan atau pertuturan yang diucapkan oleh setiap manusia. Namun demikian, para bijak bestari... selalunya berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Maka, dari itu terpancullah dari mulut mereka kata-kata yang penuh bermakna dan sangat dalam pengertiannya. Itulah yang dikatakan kata-kata penuh hikmah. Bagi mereka yang berfikir, maka kata-kata ini akan menjadikan seseorang itu bersemangat dan akan menjadi motivasi diri didalam setiap tindak-tanduknya yang positif dan ianya akan menular dan mempengaruhi sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya. Itulah dia kata-kata mutiara !
Perjalanan yang jauh beribu batu, hanya bermula dengan langkah yang pertama. Tidak ada pengembaraan tanpa langkah yang pertama.
Beberapa kata-kata hikmat yang selalu diingat untuk menaikkan semangat lebih banyak membantu daripada mendapat Ijazah di Universiti.
Pokok yang besar itu hanya bermula dari benih yang kecil dan halus sahaja. Hari ini ianya sangat sukar untuk ditumbangkan.
Meyakini bahawa sesuatu itu boleh dilakukan akan mendorong minda mencari jalan untuk melakukannya.
Semua kemahiran adalah sukar sebelum mereka senang. Untuk mahir dalam sesuatu kita perlu menjadi hambanya terlebih dahulu.
Hari yang gelap di dalam hidup kita adalah bila kita merancang untuk mendapatkan wang dengan tidak perlu berusaha.
Jika anda bekerja mencari kekayaan pada sebahagian pertama hidup anda, kekayaan anda akan bekerja untuk sebahagian terakhir kehidupan anda.
Sekali hasil tanaman yang tidak menjadi, lebih banyak mengajar kita berbanding apa yang dapat dipelajari daripada sebuah buku pertanian.
Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara tetapi kitalah yang menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua keadaan. Idea jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan itu sentiasa memberikan idea.
Pelajaran psikologi yang berguna: Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.
Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.
Tuhan menciptakan tetapi Dia memberi manusia KUASA untuk membentuk kehidupan dan kejayaan.
Sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sesuatu, Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya, anda akan kecewa. Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi. Peringatan bahawa masa yang terbaik adalah SEKARANG !
Pelajaran sarjana yang terpenting ialah BKS (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seseorang biasa menjadi luar biasa lebih daripada sekeping Ijazah. Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala jenis penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.
Mengkritik itu sendiri adalah satu kesalahan yang lebih besar dari apa yang dikritik. Kerana adalah amat mudah untuk mengkritik dari membetulkannya.
Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak saja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.
Untuk menolong orang, jangan hanya berkongsi kekayaan... tetapi tolonglah mereka berusaha ke arah kekayaan mereka sendiri.
Seseorang itu tidak akan lebih kaya tanpa sahabat. Sentiasalah mencari sahabat baru tetapi jangan sesekali lupa yang lam.a.. baru itu seumpama perak tetapi yang lama itu seumpama emas.
Apabila kita disalahkan, anggaplah ianya dugaan yang kecil, jangan diperbesarkan dengan mengingatinya selama-lamanya... kerana ianya akan merugikan diri kita sendiri.
Sentiasalah berbuat sesuatu di luar dugaan anda kerana:
(a) anda tidak akan tahu samada dapat melakukannya tanpa mencuba dahulu;
(b) pembangunan diri hanya datang apabila kita membuat sesuatu atau dimana kita berusaha membuat sesuatu yang susah atau baru.
Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.